Monday, July 18, 2011

TEMA REKACIPTA 3763/2 SPM 2012

PENYUKATAN

1.1 Bidang : Kepenggunaan.

1.2 Pengenalan

Menyukat merupakan satu proses kerja yang dilakukan
supaya sesuatu yang disukat tepat/jitu.

1.3 Fokus Reka Ciptaan

Reka ciptaan yang dihasilkan untuk melakukan aktiviti menyukat sesuatu
benda/barangan pengguna.

1.4 Takrif

Penyukatan merupakan suatu proses kerja untuk menyukat/mengukur benda/barang
pengguna supaya tepat/jitu.

Kamus Dewan : Penyukat : alat yang digunakan untuk menyukat
(mengukur dan lain-lain)
Penyukatan : perbuatan menyukat
Menyukat : i – mengukur dengan sukat
ii – mengukur (panjang,luas,isi)

1.5 Kaedah Menyukat

Mengukur/ menimbang/ menghitung/ membilang/ mengira
(kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja).

PEMANASAN

2.1 Bidang : Pengurusan makanan.

2.2 Pengenalan

Memanas merupakan satu proses kerja yang dilakukan supaya makanan/ minuman
berkeadaan panas.

2.3 Fokus Reka Ciptaan

Reka ciptaan yang dihasilkan untuk melakukan aktiviti memanasi makanan/minuman
yang telah dimasak/disediakan.

2.4 Takrif

Pemanasan merupakan suatu proses kerja memanasi makanan / minuman yang
dimasak/disediakan dari keadaan sejuk ke keadaan panas atau kekal berkeadaan
panas.

Kamus Dewan : Pemanasan : perihal memanasi (makanan)
Memanasi : i: menghangatkan
ii: menambah panas

2.5 Kaedah Memanas

Membakar/ memanggang/ menggril/ menggoreng/ mengukus/ merebus/mereneh/ mendidih
(kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja).


PENGERINGAN

3.1 Bidang : Pertanian.

3.2 Pengenalan

Mengering merupakan satu proses kerja yang dilakukan terhadap sesuatu hasil
pertanian supaya tidak berair/lembap.

3.3 Fokus Reka Ciptaaan

Reka ciptaan yang dihasilkan untuk melakukan aktiviti mengeringkan hasil
pertanian.
3.4 Takrif

Pengeringan merupakan suatu proses kerja menyingkir/mengurangkan kandungan
air pada hasil pertanian.

Kamus Dewan : Pengeringan : perihal mengeringi/mengeringkan
Mengeringi : membiarkan supaya menjadi kering

3.5 Kaedah Mengering

Menghembus/ memanas/ menyalai/ mengempar/ mengangin/ menyejat/
menjemur/ membentang/ memerah
(kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja).

0 comments:

Post a Comment