Friday, August 14, 2009

Ogos - Bahagian B : Pengujian

Rajah dibawah menunjukkan dua jenis rekabentuk prototaip yang berfungsi untuk mengilap kasut.




















Alat 1

Cara Penggunaan : Pengguna sambil berdiri meletakkan kaki yang berkasut ke pengelap.
Pengelap berputar secara automatik.





















Alat 2

Cara Penggunaan : Pengguna memegang alat ini dan menggosok pada kasut sendiri.

(a) Berdasarkan rajah diatas, nyatakan kefungsian Alat 2 dalam menyelesaikan masalah.
[2m]

(b) Huraikan satu sistem yang digunakan pada Alat 1.
Alat 1 :
Sistem Yang Digunakan :
Huraian :
[3m]

(c) Berikut merupakan keputusan pengujian makmal yang dijalankan ke atas alat tersebut.






(d) Berdasarkan pengujian tersebut, huraikan kelemahan Alat 2 dari aspek :
(i) Penggunaan Bahan
(ii) Sumber kuasa
(iii) Ketahanan
[6m]

(e) Berdasarkan pengujian tersebut, cadangkan pengubahsuaian yang perlu dilakukan terhadap alat 2 bagi meningkatkan keupayaannya dengan bantuan lakaran berlabel alat tersebut. [2m]








(f) Anda dikehendaki untuk membuat pengujian semula terhadap Alat 2 yang telah dibaikpulih seperti yang telah dilakarkan pada (d). Bina semula jadual pengujian makmal tersebut beserta keputusan ujiannya dengan mengisi pada ruangan dibawah. [2m]

Friday, August 7, 2009

Ogos - Bahagian B : Pemasaran

Rajah berikut menunjukkan satu produk kereta sorong bayi kembar tiga. Produk tersebut telah dijual dengan harga RM406.00 dengan kos purata sebanyak RM 280.00.













(a) Nyatakan dua cara bagaimana harga jualan kereta sorong itu telah ditetapkan. (2m)

(b) Rajah dibawah menunjukkan salah satu cara promosi yang mereka akan gunakan untuk mempromosikan kereta sorong ini. Huraikan 3 kriteria pemilihan kaedah promosi yang telah mereka pilih tersebut. (6m)









(c) Rajah dibawah menunjukkan dua tempat dimana produk kereta sorong ini akan dipasarkan.





(i) Berdasarkan gambarajah tersebut, cadangkan satu tempat yang sesuai untuk memasarkan produk tersebut dengan mengisi sama ada X atau Y pada ruang dibawah. (1m)
_________________________

(ii) Huraikan 3 sebab mengapa anda memilih tempat tersebut.(6m)

Thursday, August 6, 2009

Ogos - Bahagian C - Pemilihan Produk

Auf baru sahaja membeli sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Kobusak. Oleh kerana cuaca panas, dia bercadang untuk membeli sama ada produk A atau Produk B untuk dipasang dirumahnya. (20m)








(i) Cadangkan salah satu produk yang sesuai dipasang di rumah Auf
(ii) Huraikan 5 alasan mengapa anda mencadangkan produk tersebut.

Kertas 2 Rekacipta SPM2010

Pelajar 4C mula membina kulit folio dan isi kandungannya. Setakat ini pelajar telah mula menulis kriteria 1.1 hingga 1.2 di buku latihan.

Beginilah keadaan mereka di Studio Rekacipta





























Bersemangat mereka ni, sampai duduk dilantai.















Ogos - Bahagian C : Sistem

Rajah di bawah menunjukkan salah sebuah tempat menjemur kain sebuah keluarga yang besar. Kawasan yang panjang dan baju yang banyak sukar untuk dikutip dengan cepat apabila hari hujan. Satu sistem perlu direka untuk menyelesaikan masalah tersebut.












(i) Namakan satu sistem mekanikal mudah / ringkas yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. (2m)

(ii) Berdasarkan sistem yang telah anda cadangkan pada (a) di atas, lakarkan sistem mekanikal mudah / ringkas tersebut secara berlabel dan tunjukkan bagaimana sistem tersebut mampu untuk menyelesaikan masalah di atas. (8m)

(iii) Huraikan bagaimanakah sistem tersebut beroperasi. (10m)

Bahagian B : Sistem Pneumatik

Rajah berikut menunjukkan satu sistem pneumatik











1. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pneumatik ? (2m)

2. Namakan komponen-komponen sistem pneumatik yang bertanda (A), (B),(C) dan (D) pada rajah tersebut. (4m)

3. Nyatakan fungsi bagi setiap komponen sistem pneumatik bertanda (A), (B),(C) dan (D). (4m)

4. Jelaskan bagaimanakah pergerakan dipindahkan ke mesin oleh sistem pneumatik dengan berpandukan pada rajah dibawah. (3m)








5. Nyatakan 2 contoh peralatan yang menggunakan sistem pneumatik.(2m)