Saturday, May 2, 2009

Tema Rekacipta 3763/2 SPM Tahun 2010

TEMA 1 : PEMBERSIHAN

1.0 Bidang : Kepenggunaan

1.2 Fokus : Reka ciptaan yang digunakan diruang dapur

1.3 Pengenalan

Membersihkan sesuatu bahan masakan atau peralatan dapur merupakan satu keperluan dalam kehidupan

1.4 Takrif

Pembersihan merupakan proses kerja untuk membersihkan bahan masakan atau peralatan dapur daripada sebarang pencemaran yang boleh merosakkan atau menggangu kesihatan pengguna.

1.5 Aplikasi

Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk membersih /mencuci/menghapus/menanggal/menghilang/sesuatu kotoran /pencemaran/bendasing pada bahan masakan atau bahan peralatan dapur agar tidak menggangu kesihatan

1.6 Kaedah

Kaedah yang mesti digunakan adalah menggosok/menyental/meyembur/menyedut/memutar/menggoncang/mememberus/menghembus/mengempar.


Catatan :
Contoh – kuali / pisau/periuk /mikrowave dll
Contoh – sayur / kentang /timun/bawang dll

Asalkan bahan/peralatan didapur – melibatkan ruang masakan.




TEMA 2 :PERLINDUNGAN

2.1 Bidang : Sukan dan rekreasi

2.2 Fokus : Reka ciptaan yang digunakan untuk aktiviti sukan atau rekreasi

2.3 Pengenalan

Perlindungan merupakan aspek keselamatan yang sangat penting semasa melakukan aktiviti sukan dan rekreasi .

2.4 Takrif

Perlindungan merupakan cara untuk melindungi diri daripada kecederaan / kemudaratan .

2.5 Aplikasi

Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk melindungi /menghalang /mengelak/menghindar diri daripada sebarang bentuk kecederaan / kemudaratan

2.6 Kaedah

Kaedah yang mesti digunakan adalah menyarung / membungkus / melekap / mengikat / mencengkam/ menghadang / menudung / menutup




TEMA 3 :PENYIMPANAN

3.1 Bidang : Kepenggunaan

3.2 Fokus : Reka ciptaan yang digunakan dirumah

3.3 Pengenalan

Menyimpan sesuatu bahan / peralatan sangat penting untuk keselesaan pengguna dirumah

3.4 Takrif

Penyimpanan merupakan proses kerja untuk menyimpan bahan / peralatan disatu tempat supaya tidak rosak/selamat/teratur /tersusun

3.5 Aplikasi

Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk menyimpan bahan / perlatan dirumah supaya tidak rosak, selamat , teratur dan tersusun

3.6 Kaedah

Kaedah yang mesti digunakan ialah menyisih / melekat / melekap / menyusun/ menyangkut/ menggantung/ memutar.

Catatan : Didalam dan diluar rumah ( bermula dari pagar ke pintu belakang)


SUMBER MPKK 2010

0 comments:

Post a Comment