Saturday, May 2, 2009

Senarai Tugas Ketua Pentaksir Sekolah / Pentaksir Sekolah

KETUA PENTAKSIR SEKOLAH (KPS)

Dilantik oleh sekolah (secara tahunan)

Tugas Dan Tanggungjawab

i. Sebelum

• Menghadiri mesyuarat penyelarasan.
• Mengendalikan mesyuarat di peringkat sekolah dan memberi taklimat kepada PS.

ii. Semasa

• Mengadakan penataran peringkat sekolah
• Mentaksir kerja calon.
• Menyelaras skor calon di sekolah.


iii. Selepas

• Mentaksir semula kerja calon jika ada perubahan selepas diselaraskan oleh PN / PKw.
• Menyerahkan skor kepada SUP
• Memastikan eviden calon pindah diterima oleh sekolah baru.
• Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon.
• Menyimpan rekod dan eviden di tempat selamat.
• Tempoh penyimpanan adalah selama 6 bulan selepas keputusan diumumkan.
• Memastikan PS memasukkan skor dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM
• Memberi kerjasama kepada PN / PKw dalam urusan penyelarasan
• Menyelesaikan kes-kes khas



PENTAKSIR SEKOLAH

Dilantik oleh sekolah (secara tahunan)

Tugas Dan Tanggungjawab

i. Sebelum

• Menerima surat pelantikan daripada Pengetua.
• Menghadiri mesyuarat penyelarasan.
• Mengendalikan mesyuarat di peringkat sekolah dan memberi taklimat kepada calon.
• Mengesahkan kerja calon.
• Menyediakan dokumen pentaksiran

ii. Semasa

• Mentaksir kerja calon.
• Merekod skor calon di sekolah.
• Menyimpan dokumen pentaksiran di tempat yang selamat.

iii. Selepas

• Mentaksir semula kerja calon jika ada perubahan selepas diselaraskan oleh PN / PKw.
• Menyerahkan skor kepada KPS
• Memastikan eviden calon pindah dihantar ke sekolah baru.
• Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon.
• Menyimpan eviden di tempat selamat dan diserahkan kepada KPS
• Tempoh penyimpanan sekurang-kurangnya 6 bulan selepas keputusan diumumkan.
• Memastikan PS memasukkan skor dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM
• Memberi kerjasama kepada PN / PKw dalam urusan penyelarasan
• Menyelesaikan kes-kes khas

1 comments:

BMM3105 ( Rusliza bt Yusoff ) said...

Apa itu PKw

Post a Comment