Saturday, September 12, 2009

Bahagian B : Sistem Tuas

Alat di bawah menunjukkan satu alat yang menggunakan sistem tuas dalam pengendaliannya.
Dengan merujuk kepada gambarajah diatas ,













1. Namakan alat tersebut. [1m]

2. Nyatakan fungsi alat tersebut. [2m]
__________________________________________
__________________________________________

3. Labelkan kedudukan daya, beban dan sangga pada ruang A, B dan C pada rajah diatas. [3m]

4. Nyatakan kelas sistem tuas bagi alat tersebut. [1m]

5. Huraikan bagaimana sistem tuas berfungsi semasa alat tersebut melaksanakan fungsinya.[6m]
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________

6. Nyatakan satu kelebihan utama sistem tuas. [1m]

7. Rajah dibawah merupakan satu alat yang juga menggunakan sistem tuas untuk melaksanakan fungsinya. Nyatakan satu perbezaan antara alat ini dengan alat diatas. [1m]

Bahagian B : Sistem Pneumatik

Rajah berikut menunjukkan satu sistem pneumatik.











(i) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pneumatik ? [2m]

(ii) Namakan komponen-komponen sistem pneumatik dengan merujuk pada rajah 7 tersebut: [2m]
(A) _______________________________________
(B) _______________________________________
(C) _______________________________________
(D) _______________________________________


(iii) Nyatakan fungsi bagi setiap komponen sistem pneumatik seperti yang telah anda senaraikan pada soalan 18(ii). [4m]
(A) _______________________________________
(B) _______________________________________
(C) _______________________________________
(D) _______________________________________

(iv) Jelaskan bagaimanakah pergerakan dipindahkan ke mesin oleh sistem pneumatik dengan berpandukan pada rajah 8 dibawah.[3m]









(v) Nyatakan 2 contoh peralatan yang menggunakan sistem pneumatik.[2m]

Bahagian B : Bahan

Soalan ini merujuk kepada rajah di bawah :












(i) Labelkan bahagian yang bertanda (a), (b), (c) dan (d). [2m]
(a) _______________________________________
(b) _______________________________________
(c) _______________________________________
(d) _______________________________________

(ii) Nyatakan 1 sistem mekanikal yang terdapat pada basikal tersebut. [2m]

(iii) Terangkan bagaimana sistem yang anda telah nyatakan pada 19(ii) dapat menggerakkan basikal tersebut.[4m]
(a) _______________________________________
(b) _______________________________________
(c) _______________________________________
(d) _______________________________________


(iv) Nyatakan apakah bahan yang sesuai digunakan untuk membina (a), (b), (c) dan (d) diatas.[4m]
(a) _______________________________________
(b) _______________________________________
(c) _______________________________________
(d) _______________________________________


(v) Terangkan sebab anda memilih bahan untuk (a), (b), (c) dan (d) seperti pada 19(iv) diatas.[4m]
(a) _______________________________________
(b) _______________________________________
(c) _______________________________________
(d) _______________________________________

Friday, August 14, 2009

Ogos - Bahagian B : Pengujian

Rajah dibawah menunjukkan dua jenis rekabentuk prototaip yang berfungsi untuk mengilap kasut.




















Alat 1

Cara Penggunaan : Pengguna sambil berdiri meletakkan kaki yang berkasut ke pengelap.
Pengelap berputar secara automatik.





















Alat 2

Cara Penggunaan : Pengguna memegang alat ini dan menggosok pada kasut sendiri.

(a) Berdasarkan rajah diatas, nyatakan kefungsian Alat 2 dalam menyelesaikan masalah.
[2m]

(b) Huraikan satu sistem yang digunakan pada Alat 1.
Alat 1 :
Sistem Yang Digunakan :
Huraian :
[3m]

(c) Berikut merupakan keputusan pengujian makmal yang dijalankan ke atas alat tersebut.






(d) Berdasarkan pengujian tersebut, huraikan kelemahan Alat 2 dari aspek :
(i) Penggunaan Bahan
(ii) Sumber kuasa
(iii) Ketahanan
[6m]

(e) Berdasarkan pengujian tersebut, cadangkan pengubahsuaian yang perlu dilakukan terhadap alat 2 bagi meningkatkan keupayaannya dengan bantuan lakaran berlabel alat tersebut. [2m]








(f) Anda dikehendaki untuk membuat pengujian semula terhadap Alat 2 yang telah dibaikpulih seperti yang telah dilakarkan pada (d). Bina semula jadual pengujian makmal tersebut beserta keputusan ujiannya dengan mengisi pada ruangan dibawah. [2m]

Friday, August 7, 2009

Ogos - Bahagian B : Pemasaran

Rajah berikut menunjukkan satu produk kereta sorong bayi kembar tiga. Produk tersebut telah dijual dengan harga RM406.00 dengan kos purata sebanyak RM 280.00.













(a) Nyatakan dua cara bagaimana harga jualan kereta sorong itu telah ditetapkan. (2m)

(b) Rajah dibawah menunjukkan salah satu cara promosi yang mereka akan gunakan untuk mempromosikan kereta sorong ini. Huraikan 3 kriteria pemilihan kaedah promosi yang telah mereka pilih tersebut. (6m)









(c) Rajah dibawah menunjukkan dua tempat dimana produk kereta sorong ini akan dipasarkan.





(i) Berdasarkan gambarajah tersebut, cadangkan satu tempat yang sesuai untuk memasarkan produk tersebut dengan mengisi sama ada X atau Y pada ruang dibawah. (1m)
_________________________

(ii) Huraikan 3 sebab mengapa anda memilih tempat tersebut.(6m)

Thursday, August 6, 2009

Ogos - Bahagian C - Pemilihan Produk

Auf baru sahaja membeli sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Kobusak. Oleh kerana cuaca panas, dia bercadang untuk membeli sama ada produk A atau Produk B untuk dipasang dirumahnya. (20m)








(i) Cadangkan salah satu produk yang sesuai dipasang di rumah Auf
(ii) Huraikan 5 alasan mengapa anda mencadangkan produk tersebut.

Kertas 2 Rekacipta SPM2010

Pelajar 4C mula membina kulit folio dan isi kandungannya. Setakat ini pelajar telah mula menulis kriteria 1.1 hingga 1.2 di buku latihan.

Beginilah keadaan mereka di Studio Rekacipta





























Bersemangat mereka ni, sampai duduk dilantai.















Ogos - Bahagian C : Sistem

Rajah di bawah menunjukkan salah sebuah tempat menjemur kain sebuah keluarga yang besar. Kawasan yang panjang dan baju yang banyak sukar untuk dikutip dengan cepat apabila hari hujan. Satu sistem perlu direka untuk menyelesaikan masalah tersebut.












(i) Namakan satu sistem mekanikal mudah / ringkas yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. (2m)

(ii) Berdasarkan sistem yang telah anda cadangkan pada (a) di atas, lakarkan sistem mekanikal mudah / ringkas tersebut secara berlabel dan tunjukkan bagaimana sistem tersebut mampu untuk menyelesaikan masalah di atas. (8m)

(iii) Huraikan bagaimanakah sistem tersebut beroperasi. (10m)

Bahagian B : Sistem Pneumatik

Rajah berikut menunjukkan satu sistem pneumatik











1. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pneumatik ? (2m)

2. Namakan komponen-komponen sistem pneumatik yang bertanda (A), (B),(C) dan (D) pada rajah tersebut. (4m)

3. Nyatakan fungsi bagi setiap komponen sistem pneumatik bertanda (A), (B),(C) dan (D). (4m)

4. Jelaskan bagaimanakah pergerakan dipindahkan ke mesin oleh sistem pneumatik dengan berpandukan pada rajah dibawah. (3m)








5. Nyatakan 2 contoh peralatan yang menggunakan sistem pneumatik.(2m)

Sunday, May 3, 2009

Mei - Bahagian C : Pengiraan Kos

Sepanjang Bulan Mei ini, kita akan membincangkan soalan-soalan Bahagian B.

Encik Ali seorang usahawan alatan yang mengeluarkan pembersih tingkap kaca. Untuk menghasilkan produknya, Encik Ali telah membeli sebuah mesin berharga RM6,000.00 dan menyewa sebuah bangunan dengan kadar RM550.00 sebulan.

Kos bahan yang diperlukannya ialah sebanyak RM 300.00. Encik ali telah mengupah seramai 2 orang pekerja dengan bayaran sebanyak RM 400.00 sebulan untuk setiap orang untuk menghasilkan 1,000 unit produknya. Kos penggunan air dan elektrik adalah sebanyak RM450.00

Berdasarkan pernyataan di atas,

a. Kirakan ( tunjukkan jalan kerja ) :
I. Kos Tetap [2 markah]
II. Kos Berubah [2 markah]
III.Kos Pengeluaran [2 markah]
IV. Kos Purata [3 markah]


b. Sekiranya ia menetapkan harga jualan seunit sebanyak RM30.00, berapakah keuntungan yang diperolehnya bagi satu unit.[3 markah]


c. Sekiranya margin keuntungan ditetapkan sebanyak 25%, berapakah harga keuntungan keseluruhan yang diperolehi bagi jualan produknya? [3 markah]

Saturday, May 2, 2009

Electrik, Pneumatik & PLC Training Kit

Alat ini merupakan kit latihan menguji kefungsian rekabentuk litar elektrik, litar pneumatik dan litar Programmable Logic Controller (PLC) untuk menghasilkan output yang dikehendaki.

Jadual Perlaksanaan PBS

MATA PELAJARAN : REKA CIPTA 3763/2
KOD : 3763/2
TINGKATAN : TINGKATAN 4 DAN 5

Contoh Aplikasi Tema Penyimpanan SPM 2010

Contoh aplikasi bagi tema penyimpanan barang-barang di rumah. Yang disimpan ialah bahan atau peralatan rumah bertujuan agar selamat, kemas dan tidak rosak. Bahan atau peralatan ini boleh berada didalam atau diluar rumah (bermula dari pagar ke pintu belakang)

Anda mesti menggunakan kaedah seperti yang telah disenaraikan iaitu menyisih, melekat, melekap, menyusun, menyangkut, menggantung, memutar.

1. Menyimpan kasut atau barang permainan kanak-kanak yang bersepah secara sistematik
2. Menyimpan bawang atau kekacang agar tidak mudah berkulat walaupun jarang dijemur
3. Menyimpan kunci-kunci rumah atau remote control atau CD agar tersusun dan kemas

Contoh Aplikasi Tema Perlindungan SPM 2010

Contoh aplikasi bagi tema perlindungan dalam bidang sukan dan rekreasi. Yang dilindungi ialah orang daripada segala kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan.

Anda mesti menggunakan kaedah seperti yang telah disenaraikan iaitu menyarung, membungkus, melekap, mengikat, mencengkam, menghadang, menudung dan menutup.

1. Alat menutup muka dan kepala dalam permainan squash

Contoh Aplikasi Tema Pembersihan SPM 2010

Contoh aplikasi bagi tema pembersihan di ruang dapur. Benda yang dibersihkan ialah BAHAN masakan atau PERALATAN memasak.

Anda mesti menggunakan kaedah seperti yang telah disenaraikan iaitu menggosok, menyental, menyembur, menyedut, memutar, menggoncang, memberus, menghembus dan mengempar.

1. Membersihkan belakang kuali , periuk , oven , microwave , alat-alat memasak , alat-alat memotong bahan masakan.

2. Membersihkan bawang, sayur-sayuran, kerang, ketam, udang, kulit kacang, perut ikan, dan seumpamanya.

Senarai Tugas Ketua Pentaksir Sekolah / Pentaksir Sekolah

KETUA PENTAKSIR SEKOLAH (KPS)

Dilantik oleh sekolah (secara tahunan)

Tugas Dan Tanggungjawab

i. Sebelum

• Menghadiri mesyuarat penyelarasan.
• Mengendalikan mesyuarat di peringkat sekolah dan memberi taklimat kepada PS.

ii. Semasa

• Mengadakan penataran peringkat sekolah
• Mentaksir kerja calon.
• Menyelaras skor calon di sekolah.


iii. Selepas

• Mentaksir semula kerja calon jika ada perubahan selepas diselaraskan oleh PN / PKw.
• Menyerahkan skor kepada SUP
• Memastikan eviden calon pindah diterima oleh sekolah baru.
• Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon.
• Menyimpan rekod dan eviden di tempat selamat.
• Tempoh penyimpanan adalah selama 6 bulan selepas keputusan diumumkan.
• Memastikan PS memasukkan skor dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM
• Memberi kerjasama kepada PN / PKw dalam urusan penyelarasan
• Menyelesaikan kes-kes khas



PENTAKSIR SEKOLAH

Dilantik oleh sekolah (secara tahunan)

Tugas Dan Tanggungjawab

i. Sebelum

• Menerima surat pelantikan daripada Pengetua.
• Menghadiri mesyuarat penyelarasan.
• Mengendalikan mesyuarat di peringkat sekolah dan memberi taklimat kepada calon.
• Mengesahkan kerja calon.
• Menyediakan dokumen pentaksiran

ii. Semasa

• Mentaksir kerja calon.
• Merekod skor calon di sekolah.
• Menyimpan dokumen pentaksiran di tempat yang selamat.

iii. Selepas

• Mentaksir semula kerja calon jika ada perubahan selepas diselaraskan oleh PN / PKw.
• Menyerahkan skor kepada KPS
• Memastikan eviden calon pindah dihantar ke sekolah baru.
• Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon.
• Menyimpan eviden di tempat selamat dan diserahkan kepada KPS
• Tempoh penyimpanan sekurang-kurangnya 6 bulan selepas keputusan diumumkan.
• Memastikan PS memasukkan skor dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM
• Memberi kerjasama kepada PN / PKw dalam urusan penyelarasan
• Menyelesaikan kes-kes khas

Tema Rekacipta 3763/2 SPM Tahun 2010

TEMA 1 : PEMBERSIHAN

1.0 Bidang : Kepenggunaan

1.2 Fokus : Reka ciptaan yang digunakan diruang dapur

1.3 Pengenalan

Membersihkan sesuatu bahan masakan atau peralatan dapur merupakan satu keperluan dalam kehidupan

1.4 Takrif

Pembersihan merupakan proses kerja untuk membersihkan bahan masakan atau peralatan dapur daripada sebarang pencemaran yang boleh merosakkan atau menggangu kesihatan pengguna.

1.5 Aplikasi

Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk membersih /mencuci/menghapus/menanggal/menghilang/sesuatu kotoran /pencemaran/bendasing pada bahan masakan atau bahan peralatan dapur agar tidak menggangu kesihatan

1.6 Kaedah

Kaedah yang mesti digunakan adalah menggosok/menyental/meyembur/menyedut/memutar/menggoncang/mememberus/menghembus/mengempar.


Catatan :
Contoh – kuali / pisau/periuk /mikrowave dll
Contoh – sayur / kentang /timun/bawang dll

Asalkan bahan/peralatan didapur – melibatkan ruang masakan.




TEMA 2 :PERLINDUNGAN

2.1 Bidang : Sukan dan rekreasi

2.2 Fokus : Reka ciptaan yang digunakan untuk aktiviti sukan atau rekreasi

2.3 Pengenalan

Perlindungan merupakan aspek keselamatan yang sangat penting semasa melakukan aktiviti sukan dan rekreasi .

2.4 Takrif

Perlindungan merupakan cara untuk melindungi diri daripada kecederaan / kemudaratan .

2.5 Aplikasi

Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk melindungi /menghalang /mengelak/menghindar diri daripada sebarang bentuk kecederaan / kemudaratan

2.6 Kaedah

Kaedah yang mesti digunakan adalah menyarung / membungkus / melekap / mengikat / mencengkam/ menghadang / menudung / menutup




TEMA 3 :PENYIMPANAN

3.1 Bidang : Kepenggunaan

3.2 Fokus : Reka ciptaan yang digunakan dirumah

3.3 Pengenalan

Menyimpan sesuatu bahan / peralatan sangat penting untuk keselesaan pengguna dirumah

3.4 Takrif

Penyimpanan merupakan proses kerja untuk menyimpan bahan / peralatan disatu tempat supaya tidak rosak/selamat/teratur /tersusun

3.5 Aplikasi

Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk menyimpan bahan / perlatan dirumah supaya tidak rosak, selamat , teratur dan tersusun

3.6 Kaedah

Kaedah yang mesti digunakan ialah menyisih / melekat / melekap / menyusun/ menyangkut/ menggantung/ memutar.

Catatan : Didalam dan diluar rumah ( bermula dari pagar ke pintu belakang)


SUMBER MPKK 2010